Ahad, 15 Oktober 2017

tomyam putih




bahan - bahan

ayam
sotong
2 batang serai - dititik
2 ulas bawang putih (diketuk)
2 ulas bawang merah (diketuk)
1 ulas bawang besar (dibelah empat)
2cm lengkuas (diketuk)
5 biji cili api (diketuk)
3 biji tomato (dibelah 4)
cendawan
bunga kobis
sodek jagung /baby jagung - yang ni kalau x letak pun xpe. sebab bila letak ilang rasa tomyam. rasa cam sup sayur lak 
1biji limau nipis
garam 
air
daun limau purut


cara - cara

1. masukkan air, bawang merah, bawang putih, serai, bawang besar, lengkuas, ayam dan cili api ke dalam periuk dan rebus hingga mendidih.
2. setelah mendidih, masukkan sotong, daun limau purut dan perahan limau.
3. selepas itu, masukkan sayuran. 
4. biarkan mendidih. kemudian masukkan garam.
5. biarkan dalam beberapa minit sebelum tutup api.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan