Ahad, 18 Jun 2017

biskut mazola / biskut kacang




biskut ni mulanya ai nak buat ikut resepi cam kat bawah ni (dapat dari fb).  tapi disebabkan ai kekurangan bahan, so ai adjust je ikut suka. hehehe. tapi jadi je. dowang makan cakap sedap je. ok la tu kan.


bahan - bahan  (ikut fb)

1kg kacang tanah kisar
1 kg tepung gandum
700 ml minyak mazola
2 cawan gula icing (atau 1 cawan gula icing dan 1 cawan gula perang lembut)
1 sudu makan garam halus
kacang untuk hiasan
kuning telur untuk hiasan


bahan - bahan (ai adjust)

800 gram kacang tanah (ai kisar sendiri)
800 gram tepung gandum
500 ml minyak mazola
2 cawan gula kastor yang dikisar 
1 cawan gula perang lembut
1 sudu makan garam halus
kacang shandong untuk hiasan
kuning telur untuk hiasan


cara - cara

1. masukkan kacang yang telah dikisar, garam dan tepung gandum. gaul sebati
2. masukkan gula dan gaul sebati
3.masukkan minyak sedikit demi sedikit dan gaul
4. bentukkan dengan sudu 
5.letak kacang dan kuning telur.
6. bakar +- 15 minit, suhu 160deg cel. (yang ni  ai pakai oven dapur gas. termometer dia pun tak sharp. so main agak2 jela timing tu)


ai bentukkan pakai sudu ni.

rupa dia sebelum bakar




Tiada ulasan:

Catat Ulasan