Ahad, 18 Jun 2017

biskut mazola / biskut kacang




biskut ni mulanya ai nak buat ikut resepi cam kat bawah ni (dapat dari fb).  tapi disebabkan ai kekurangan bahan, so ai adjust je ikut suka. hehehe. tapi jadi je. dowang makan cakap sedap je. ok la tu kan.


bahan - bahan  (ikut fb)

1kg kacang tanah kisar
1 kg tepung gandum
700 ml minyak mazola
2 cawan gula icing (atau 1 cawan gula icing dan 1 cawan gula perang lembut)
1 sudu makan garam halus
kacang untuk hiasan
kuning telur untuk hiasan


bahan - bahan (ai adjust)

800 gram kacang tanah (ai kisar sendiri)
800 gram tepung gandum
500 ml minyak mazola
2 cawan gula kastor yang dikisar 
1 cawan gula perang lembut
1 sudu makan garam halus
kacang shandong untuk hiasan
kuning telur untuk hiasan


cara - cara

1. masukkan kacang yang telah dikisar, garam dan tepung gandum. gaul sebati
2. masukkan gula dan gaul sebati
3.masukkan minyak sedikit demi sedikit dan gaul
4. bentukkan dengan sudu 
5.letak kacang dan kuning telur.
6. bakar +- 15 minit, suhu 160deg cel. (yang ni  ai pakai oven dapur gas. termometer dia pun tak sharp. so main agak2 jela timing tu)


ai bentukkan pakai sudu ni.

rupa dia sebelum bakar




Sabtu, 17 Jun 2017

#projekramadhan2017

SPAGHETTI BOLOGNESE



ramadhan kali ni ada special sket.biasa buat makan- cam ni time raya je. ni idea dari adik ai yang nak buat bubur lambuk n edarkan kat orang kg. disebabkan bubur lambuk macam lambat je nak masak + banyak bahan kene sedia, ai buat spaghetti. simple n main campak- campak jer. 


Spaghetti (untuk +-40 bungkus)

bahan 

4  bungkus spaghetti (ai pakai angel hair sebab spaghetti habih kat kedai)
1 bungkus daging cincang ramly
1 botol sos spaghetti cendawan kimball
1 botol leggo's pasta bake (yang ni ai amik je mana2 sos pun)
1 botol sos spaghetti tradisional kimball
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum hijau - potong dadu
1 biji capsicum merah - potong dadu
1 biji capsicum kuning - potong dadu
1 batang carrot -potong dadu
1 paket cendawan kering (+- dalam 7/8 kuntum) - rendam dan potong dadu
mix herb
garam
minyak


cara

Sos spaghetti
1. tumis bawang putih sampai naik bau dan kekuningan
2. masukkan bahan yang telah dipotong dadu
3. masukkan daging, kacau dan biar mendidih 
4. masukkan ke tiga - tiga sos. 
5. masukkan mix herb dan garam. Biarkan mendidih dan tutup api

Spaghetti
1. Didihkan air, masukkan sedikit minyak dan celur spaghetti hingga lembut. toskan. 
2. angkat spaghetti dan tabukan mix herb. gaul sebati.



ni spaghetti yang da siap n untuk edarkan. yang makan kat umah (hidang) tak ingat nak amik gambar.
hopefully next time boleh buat lagi. :)




tart blueberry




sebenarnya resepi tart gulung ni ai amik kat sini. da lama sangat dah tak buat kuih. ada la dalam 5 tahun lebih. so resepi yang biasa buat dan sedap tak tau dah duk kat mana. cuma bila ikut resepi ni, adunan jadi cam keras sket, masa makan dia cam crunchy.

kali ke dua buat, ai add on lagi 50g butter and sikit je tepung jagung. dalam 1 sudu besar je. adunan time ni macam lembut/lembik. cuak dah. ingat tak jadi dah. tapi lepas try sekali bakar, ok. rasa ok, texture pun macam yang ai nak. so ok la kan.

so, kalau nak buat, boleh ikut resepi ni tapi add on la butter dan tepung jagung. lagi satu, pewarna better masukkan time lepas masukkan telur.. ai tak ingat nak masuk awal, ai masuk lepas da gaul ngan tepung. so x lawa sket la kaler dia.

1st attempt. adunan yg keras sket
adunan akan jadi cam ni. seroi n lembut.

2nd attempt. adunan yg lembut



Isnin, 12 Jun 2017

chocolate oat

CHOCOLATE OAT

Resepi chocolate oat ni sebenarnya ai amik kat sini . first time buat memang jadi. cuma lepas tu disebabkan kekurangan peanut butter, ai pun adjust2 resepi. hahaha. kat bawah ni version yang ai da adjust sesedap rasa.


Bahan - Bahan
1. 2 cawan coklat masakan (ai pakai berryl's) - bukan dark choc.
2. 4 cawan Oat
3. 3/4 Mentega (ai pakai buttercup)
4. 1/4 cawan Madu
5. Buahan Kering 
6. 1 sudu kecil Esen vanilla


Cara - cara
1. Masukkan mentega, madu dan coklat ke dalam kuali dan cairkan dengan api sederhana. 
2. Masukkan esen vanilla.
3. Dalam bekas lain masukkan oat. Kemudian tuangkan coklat yang telah dicairkan tadi ke dalam oat. 
4. Masukkan buah - buahan kering
5. Kacau sebati.
6. Bentukkan bulat- bulat macam bola dan masukkan dalam paper cup. 
7. Sejukkan dalam peti ais semalaman
8. Sedia untuk dihidang

*Masa ai buat tu, oat tu agak lerai. tak melekat. so ai cairkan coklat dan masukkan lagi dalam oat tu. sampai melekat macam doh.
* Buahan kering tu option je. boleh masukkan kismis, kurma/ atau buah yang korang suka.

popia cheese



Bahan - bahan

Kulit popia
Cheese
Garam
Gula
Minyak
Lada Hitam (serbuk)


Cara - cara

1. Leraikan kulit popia, gunting petak.  ai gunting banyak2 sekaligus baru leraikan. 
2. Goreng kulit popia tersebut.
3. Letakkan cheese, secubit garam, gula dan lada hitam ke dalam pinggan. gaul sebati.
4. Masukkan kulit popia yang telah digoreng tadi ke dalam cheese dan balikkan. 
5. Sedia untuk dihidang.



Isnin, 1 Mei 2017

nasi kerabu kelantan




NASI

nasi dimasak seperti biasa, cuma tambahkan bunga telang (saya masukkan yang macam pes/pewarna tu), serai , daun limau purut dan daun pandan.


SAMBAL KELAPA

BAHAN

ikan selayang - direbus dan ambil isinya
kelapa parut - di goreng garing
bawang merah
bawang putih
halia
serai
garam gula


CARA

bawang merah, bawang putih, halia dan serai di blend.  goreng kelapa parut - kacau sentiasa supaya tidak hangit. masukkan ikan, dan bahan - bahan yang telah di blend serta garam dan gula. goreng dan kacau sentiasa sehingga kering. setelah kering, angkat dan sedia dihidangkan.


TUMIS

BAHAN


bawang merah
bawang putih
cili kering
halia
serai 
asam keping
gula melaka
garam
budu
santan
minyak


CARA

bawang merah, bawang putih, halia dikisar. kemudian kisar cili kering. panaskan minyak, masukkan bahan - bahan yang dikisar kecuali cili. tumis sampai naik bau. lepas tu masukkan cili kering yang telah dikisar. masukkan air sedikit dan biarkan mendidih.kemudian masukkan santan, garam dan gula.  kemudian masukkan asam gelugur. biarkan mendidih dan pekat sedikit. kemudian angkat dan sedia dihidang. 


saya tak masukkan budu untuk tumis ni sebab tak ingat nak bawak balik budu kat kg. tapi rasa dia not bad even without budu.


ULAM

BAHAN

daun kesum
kacang panjang
timun
kobis
bunga kantan 
taugeh

CARA
semua ulam dihiris halus. gaul rata.


SAMBAL CILI

BAHAN

cili
garam 
gula
cuka

CARA
blend semua bahan.





SOLOK LADA

BAHAN


ikan selayang - direbus
bawang merah
bawang putih
halia
serai
kelapa muda parut
santan 
gula 
garam
lada thai


CARA

1. lada thai dibuang biji dan direbus seketika. 
2. bawangmerah, bawang putih, halia dan serai di kisar. ikan selayang yang telah direbus diambil isinya sahaja. kemudian masukkan bahan yang telah dikisar dan kelapa muda ke dalam isi ikan rebus. masukkan juga sedikit garam dan gula. gaul hingga sebati. 
3. masukkan bahan no.2 ke dalam lada thai.  kemudian masukkan ke dalam periuk. masukkan santan. rebus sehingga masak.


LAUK - PAUK

telur masin
ikan celup tepung
keropok lekor 
solok lada


CARA PENYEDIAAN NASI KERABU

1. Letakkan nasi dalam pinggan
2. Letakkan sedikit sambal kelapa, tumis, sambal cili dan budu.
3. Letak ulam dan keropok
4. Letakkan lauk- pauk seperti solok lada dan telur masin.
sedia untuk dihidangkan.






Selasa, 4 April 2017

kurma shake

kurma shake

resepi kurma shake

buah kurma
buah tin (xtau korang panggil buah apa, tapi buah yang org slalu bawak balik dari mekah tu)
appricot kering
susu
yougurt
ais

blend ja sume benda kat atas tu. lepas da siap boleh minum. tapi aku nyer terlebih manis n rasa susu sebab pekat gile kot. - well, nama pun 1st time try, hehehee
lpas tambah air sket dia ok la rasa dia. sedap